~the shiny star~

Wednesday, December 14, 2011

Maria 23

Tengku Khairi memandang Tengku Katrina dengan pandangan yang jelik. 'Aduh apa perempuan miang ni buat kat office aku ni? Maria ni ...kenapalah kau balik awal sangat...mengacau betul si Kat miang ni'
"Tengku Katrina,you buat apa di sini?" tanya Tengku Khairi dengan nada tidak senang.Tengku Katrina menerpa ke arah Tengku Khairi dan caranya seperti ingin memeluk Tengku Khairi membuat Tengku Khairi mengelak dari dipeluk olehnya. Terus hilang senyuman di bibir Tengku Katrina.
"Khai syanag kenapa you tak call I bila you dah balik Malaysia?I miss you so much sayang" ujar Tengku Katrina tanpa segan silu.Tengku Khairi mengeluh kalau Maria yang berkata begitu mungkin dia sudah senyum sampai ke telinga tapi kalau minah miang yang sebut memanng dia rasa nak muntah.
"Tengku I nak balik dulu bye!" sebaik sahaja begitu Tengku Khairi meninggal Tengku Katrina menghentak kakinya lalu mengejar Tengku Khairi.
"Khai sayang tunggulah Hari ni ibu you ajak I makan malam di rumah you.Apa kata kita pergi rumah you sama-sama nak?" ujar Tengku Katrina dengan nada berharap Tengku Khairi akan bersetuju dengan dia.
"Sorry hari ni I tak balik rumah ibu I sebab I ada hal sikit." Sejurus berkata begitu Tengku Khairi masuk ke dalam kereta dan meninggal Tengku Katrina terkulat-kulat disitu..
Apa yang penting sekarang bagi Tengku Khairi adalah pergi ke rumah Maria.Sungguh dia rindukan wanita itu.Sebaik sampai di rumah Maria,Tengku Khairi memberikan salam dan salamnya dijawab oleh aunty Zila.
"Aunty Zila apa khabar? Maria ada tak?" tanya Tengku Khairi apabila tidak nampak kelibat Maria.
"Laa...Airi mari masuk.Maria ada kat dapur tengah masak makan malam.Alang-alang Airi ada kat sini apa kata Airi makan kat rumah aunty Zila kalau Airi sudilah." Hah tak perlu fikir seratus kali  Tengku Khairi terus setuju.Bukan senang dia nak dapat peluang macam ni lagi dapat rasa air tangan Maria.

Maria terkejut dengan kedatangan Tengku Khairi. "Hah Airia cepat hidangkan masakan kamu di atas meja ni.Kesian Airi tak sabar-sabar nak rasa masakan kamu." Maria hanya menurut sahaja permintaan Aunty Zila sebenarnya dia masih sakit hati dengan Tengku Katrina dan dia sangat pasti yang wanita itu mesti pilihan hati Puan Rozita a.k.a  ibu Tengku Khairi.
"Hai Maria saya harap saya tak menyusahkan awak dengan kedatangan saya" ujar Tengku Khairi dengan suara yang lembut dan senyuman yang tidak lekang dibibir merah itu . Maria yang ingin membalas dengan nada yang sinis tidak jadi apabila melihat senyuman dibibir Tengku Khairi.
"Mmm...tak apa makan ramai-ramai meriah sikit.Betul tak aunty Zila?" pertanyaan Maria dijawab dengan anggukan dari aunty Zila. "Airi jangan risau, Airi langsung tak menyusahkan Aria.Jom makan."
Sewaktu makan suasana  sungguh aman dan senyuman tidak habis-habis terukir.Hati Tengku Khairi sungguh gembira tidak pernah dia rasa begini.Masakan Maria yang sangat sedap.Bannyak kali juga dia menambah nasi.Maria pula melayan dia  dengan  baik sekali.Sungguh dia tidak kisah walaupun Maria ni seorang janda kerana bagi dia Maria seorang yang sangat sempurna di matanya.Bila dah cinta semua benda yang ada padanya nampak cantik belaka.
Setelah makan mereka berdua berjalan-jalan di taman permainan di kawasan perumahan Maria.Ramai kanak-kanak dan remaja sedang bermain walaupun sudah malam.Kebanyakan remaja sedang bermain badminton dan kanak-kanak sibuk main dengan gelongsor.Maria hanya membisu menunggu Tengku Khairi membuka mulutnya dahulu.
"Hmm...Maria kenapa awak balik awal sangat hari ni? Saya baru nak ajak awak balik sama-sama" tanya Tengku Khairi.Maria mengetap bibirnya.Geram dia dengan Tengku Katrina yang menuduh dia perempuan simpanan Tengku Khairilah membuat dia balik awal.
"Huh!GIRLFRIEND Tengku punya pasal saya balik awal.Ada ke patut dia tuduh saya ni perempuan simpanan Tengku.Nasib baik kesabaran saya tebal kalau tidak memang saya cekik-cekik dia buat masak gulai" geram memang geram dan kerana tidak dapat menahan kegeraman,dia meluahkan perasaan dia pada Tengku Khairi supaya lelaki ini tahu dia tidak suka dituduh begitu.Bagaikan maruahnya dipandang hina.Perkataan girlfriend itu sengaja Maria tekankan.
"Dia BUKAN GIRLFRIEND saya dan saya tak kisah kalau awak cekik-cekik dia tapi janganlah sampai mati pula nanti tak pasal-pasal saya jadi BST."Tengku Khairi memandang Maria dengan wanita itu faham dengan kiasannya.
"BST? apa tu Tengku.Tak pernah dengar pun perkataan tu? Dan apa kaitannya kalau saya bunuh GIRLFRIEND Tengku tu dengan Tengku jadi BST?" tanya Maria bertubi-tubi.
"BST tu maksudnya Bujang Sampai Tua cik Maria...oiii...kalau awak bunuh BUKAN GIRLFRIEND saya tu nanti jawabnyer awak duduk dalam penjara kalau awak duduk dalam penjara macam mana saya nak kahwin dengan awak!" bengang Tengku Khairi apabila Maria tidak habis menekan perkataan girlfriend tersebut.Maria mengerutkan dahinya apa kes dengan Tengku ni bengan semacam jerk.
"Apa-apa jelah Tengku.Mmm...Tengku jom main buaian nak." tanapa menuggu jawapan dari Tengku Khairi,Maria sudah berlari ke buaian tersebut.Senyuman mula terukirdibibir merah Tengku Khairi.Dia duduk di belakang Maria lalu tanpa membuang masa dia menolak tubuh Maria.
"Ala Tengku tolaklah kuat lagi.Badan jer sasa tapi tolak lembik jer." omongan Maria telah berjaya mengeluar senyuman nakal dibibir Tengku Khairi.
"Aik! Maria awak pernah ke tengok badan saya ni?Ni mesti awak pernah mengusha saya ni kan?kan?kan?" usikan Tengku Khairi membuat muka Maria berubah warna.Malu dia dengan usikan Tengku Khairi.
"Eh eh eh...ma..ma...mana ada." tingkah Maria.Ayunan mula perlahan kerana Tengku Khairi sudah berdiri di hadapan Maria.
"Ala..Tengku...kenapa tak tolak saya lagi?" Maria memuncungkan mulutnya.Tengku Khairi hanya tersenyum.
"Mana aci Maria..saya dah tolak awak...sekarang awak tolaklah saya pula." ujar Tengku Khairi dengan nada simpati.Maria pula sudah blurr.
"Eh Tengku jangan sedih.Meh! duduk atas buaian ni dan kali saya pula tolak Tengku." sebaik berkata begitu Maria bangun dari buaian tersebut dan Tengku Khairi mengambil tempat Maria tadi.
"Okey 1..2...3...hiyahh" Maria dengan sekuat hati menolak Tengku Khairi.Mereka ketawa sehinggalah penat.
"Tengku upah saya tolak Tengku mana?" ujar Maria seperti budak kecil meminta upah.
"Hmmm..nak upah yer...pejam mata dulu." sebaik Tengku Khairi berkata begitu Maria memejamkan matanya dan tiba-tiba pipinya dicium oleh Tengku Khairi.Terkejut beruk si Maria.Bulat matanya memandang Tengku Khairi.
Namun sebaik sahaja dia ingin memukul Tengku Khairi,Tengku Khairi terlebih dahulu melarikan diri dan sempat menjerit "Jumpa esok Puteri Maria.Mimpikan hambamu yang hensem ni yerk..." Maria hanya ketawa kecil.
'Abang tak apa kah Maria mencari pengganti abang?Perangainya sebijik macam abang..abang rasa dia betul-betul cintakan Maria ker?' menolog hati Maria.

Tengku Khairi pulang ke rumah dengan hati yang gembira.Malam ni malam paling yang menyeronokkan.Ini adalah kali pertama dalam sejarah hidupnya dia  paling banyak tersenyum hanya kerana seorang wanita yang bernama Maria.Maria sungguh indah namamu.Senyuman masih menghiasi bibir Tengku Khairi namun senyuman dia terus hilang apabila suara Tengku Rozita berkumandang.
"Haih...gembira bukan main lagi anak ibu sorang ni.Airi pergi mana tadi? Airi tahu tak sepupu kamu si Katrina tu dah balik Malaysia tapi tak sempat nak jumpa Airi sebab Airi pergi Paris dan tadi dia kata kamu tak nak makan kat rumah sebab dia betul ker?" tanya Tengku Rozita dengan nada dingin.
"Yup...Airi tak nak makan kat rumah sebab dia.Ibu stop it if you want to lecture me about she gonna be my wife.Airi tak cintakan Katrina dan Airi dah penat sangat kalau ibu nak bincang hal ni kita bincang esok jer lah.Okey good night ibu ku sayang" ceria sahaja suara Tengku Khairi dan lalu meninggalkan Tengku Rozita.Tengku Rozita mengetap bibirnya.Dia tidak kira dia akan pastikan anaknya kahwin dalam tahun ni jugak.
Untuk pengetahuan semua Tengku Rozita sudah membuat keputusan untuk mengahwinkan Tengku Khairi dengan Tengku Katrina.Oppsss...terbocor rahsia...hehehe gurau jer...ingat nak bagitahu chapter lepas ni

Monday, October 31, 2011

MARIA 22

Maria yang sedang sibuk menaip jadual Tengku Khairi.Begitu khusyuk sekali sehingga tidak sedar ada manusia di situ.Manusia yang tercegat di depan Maria berdehem.
"Ehem...ehem...excuse me is Tengku Khairi inside."
Maria mengalih pandangannya dari komputer ke muka wanita yang anggun dihadapannya.
"Saya minta maaf kerana lambat menyedari Cik .Tengku Khairi sekarang tiada dalam pejabat.Dia ada meeting dengan Tan Sri Ridhuan. Saya rasa dalam 30 minit lagi dia akan pulang.Cik..."
"Tengku Katrina.Saya akan tunggu dia balik dalam biliknya.Sediakan secawan kopi dan cake ni letak dalam pinggan dan bawa masuk ke bilik Tengku Khairi.NOW!"
Laju sahaja  Maria melakukan tugasnya.Siapa agaknya Tengku Katrina ni.Sesedap cookies jer dia mengarahkan aku.Perempuan cantik macam tu mesti ada hubungan yang istimewa dengan Tengku Khairi.Bulu mata yang alis,pipi yang gebu dan badan yang macam ala-ala model.Pergghh...kalau aku lelaki mesti dah meleleh air liur .Haish untung kalau Tengku Khairi sangkut dengan dia.Maria menyentuh dadanya entah kenapa hatinya seperti sakit bagai dicucuk dengan jarum.Cemburu ker? Entah dia tiada jawapan untuk soalan itu.Kalau dia cemburu itu bermakna dia menyanyangi Tengku Khairi.Maria mengeluh .Tanpa membuang masa dia mengangkat dulang tersebut dan memasuki bilik Tengku Khairi.Tengku Katrina sedang membelek majalah
"Letak disini.Lambat lagi ke Khairi nak balik dari meeting dia?" Maria mengerling ke arah jam tangannya.
"Saya rasa Tengku Khairi mesti on the way untuk naik ke pejabat.Tengku Katrina perlukan apa-apa dari saya lagi ker?" senyuman manis dihadiah kepada Tengku Katrina.
"Tak ada apa-apa.Awak boleh keluar.Maria right nama kamu?"
Pertanyaan itu hanya dijawab dengan anggukan.
"I dengar you and Khairi ada hubungan lebih dari PA.?"Maria mengerutkan dahinya.
"Hubungan lebih dari PA.Saya tak faham maksud Tengku Katrina." Sungguh dia tidak faham apa yang Tengku Katrina katakan.Tengku Katrina tersenyum sinis.
"Tak faham ker atau pura-pura tidak faham?" Maria menggaru kepalanya yang tidak gatal tersebut.
"Betul-betul tak faham." Maria merenung Tengku Katrina dengan muka blurrnya.
"You ni perempuan simpanan Khairi.Mengaku jelah."
Tersentap Maria dengan tuduhan tidak berasas Tengku Katrina.Maria memandang tajam wanita dihadapannya seperti harimau ingin membaham mangsanya .Tengku Katrina menelan air liurnya entah kenapa bulu romanya menegak apabila matanya memandang mata Maria.
"Siapa yang bagitahu Tengku?" serius sekali suara Maria.Tiada langsung nada mesra seperti tadi.
"Hmph tiada siapa yang bagitahu.I teka sendiri." bersahaja saja suara Tengku Katrina itu pun kerana ingin menutup kegugupannya berhadapan dengan Maria.
"Apa yang buat Tengku fikir yang saya perempuan simpanan Tengku Khairi?" Mata Maria masih lagi tertacap pada Tengku Katrina.
"Well..kenapa I fikir you perempuan simpanan Khairi because you 24 jam melekat dengan Khairi and dia sanggup bayar hotel yang bernilai 20 ribu  untuk you." Tengku Katrina membalas pandangan Maria dengan sedikit keberanian yang ada pada dirinya.
"Mengarut.Tengku Katrina! Dah nama pun PA  mestilah saya sentiasa berada disisi Tengku 24 jam.Hotel yang Tengku bayar sebanyak 20 ribu tu ianya atas bisnes.Jangan nak tuduh sebarangan Tengku Katrina.Awak tiada bukti yang kukuh untuk menuduh saya perempuan simpanan Tengku.Jangan hina saya seperti saya ni tiada maruah pula!Saya sangat pasti awak seorang perempuan yang berdedikasi tapi saya tak sangka otak seorang yang berdedikasi sungguh lembap untuk membeza kerja seorang PA dan perempuan simpanan.Saya nak tanya Tengku Katrina teruk sangat ke pemakaian saya sampai layak digelar perempuan simpanan.Pernah Tengku Katrina tengok perempuan simpanan pakai baju kurung nak goda bos diorang.Saya rasa tak." panjang lebar Maria menerangkan perkara sebenar pada Tengku Katrina dengan suara sedikit tinggi.
Maria mengerling jam tangannya.Lalu keluar tanpa berkata apa-apa lagi.Maria terus pulang ke rmah dia meninggalkan nota pada Tengku Khairi yang dia sudah pulang dan Tengku Katrina sedang menunggunya di bilik beliau.
Siapa sebenarnya Tengku Katrina ni.Tup..Tup..Tup...menuduh Maria perempuan simpanan Tengku Khairi.Aduh bala apa pula yang muncul ni.Sorry ada masalah teknikal sikit .Mesti korang sedarkan apa yang berbeza dengan tulisan Chapter ni.

Saturday, September 24, 2011

MARIA 21

Tengku Khairi senyum apabila melihat Maria masih ada di pejabat.Dalam tingkat ini hanya Maria dan Khairi sahaja yang tinggal.Maria ingin pulang namun langkahnya berhenti apabila Tengku Khairi ada dihadapannya.Mata kedua-dua bertembung seperti bicara dari hati ke hati.
"Maria awak maafkan saya yer sebab tengking awak di khayalak  orang ramai?" Maria senyum.Hati Tengku Khairi berdegup dengan kencang.Fuh terlebih manis pula senyuman Maria.
"Tak aapa saya maafkan Tengku.Kenapa Tengku pandang saya semacam jer ?" Tengku Khairi senyum
"Entah kenapa saya rasa senyuman awak kali begitu manis macam madu.Macam nak cium jer bibir tu" Muka Maria sudah kemerahan.Ya Allah  gatalnya Tengku sorang ni.Cakap straight to the point.Tak ada kiasan langsung. "Hish Tengku ni bikin saya malu sendiri jer.Nak mengusik saya pun berpada-padalah sikit.Tengku mana boleh cium saya.Saya ni bukan muhrim Tengku atau isteri Tengku"Maria menegur majikannya yang dia rasa sudah tercabut wayar dalam otaknya itu.Tengku Khairi mengikut jejak langkah Maria.Mereka sama-sama masuk dalam lift.Senyuman nakal  Tengku Khairi terserlah. "Kalau macam itu apa kata awak jadi isteri saya.Nanti saya rasa bukan setakat cium jer saya boleh buat lebih daripada tu pun saya  boleh buat" Maria mengerutkan dahinya.Dah datang perangai blur Maria.
 "Lebih daripa cium? Apa yang Tengku  boleh buat lebih dari cium?"Tengku Khairi menepuk dahinya.Sudah mai dah dia punya sikap blur dia tu.Tengku Khairi tersenyum nakal dia mendekatkan bibirnya ke telinga Maria. Perkara yang dibisik oleh Tengku Khairi yang membuat muka Maria merona merah.Saya sebagai penulis tak perlulah cerita korang pikirlah perkara yang korang rasa akan berlaku apabila seorang wanita dan lelaki yang suami isteri berada di atas katil.Lu Pikirlah Sendiri.Lepas PMR nanti sambung lagi hehehe

Thursday, June 2, 2011

MARIA20

Maria menunggu Tengku Khairi pulang dari tadi diamundar-mandir didalam bilik. Apabila pintu bilik dibilik sebelahnya macam terbuka Maria cepat-cepat keluar dari bilik tersebut. "Tengku ...kita dah lambat pergi meeting ni " Tengku Khairi memandang muka Maria dengan muka yang blur dan  suaranya berubah menjadi dingin "hmm...saya dah tukarkan pada pukul 9 pagi..jadi cepatlah bersiap kita ada setengah jam nak sampai di sana " Maria perasan dengan nada suara Tengku Khairi dan dia berasa risau lalu dia menyentuh bahu Khairi "awak okey...kerTengku? " Tengku Khairi menepis tangan Maria dan memberi pandangan tajam pada Maria. Kecut perut Maria apabila Tengku Khairi memberi pandangan maut. Entah kenapa dia berasa ingin menangis di di situ juga. Namun dia kuatkan semangatnya dan masuk ke biliknya dan menyiapkan tugasnya. Tengku Khairi bersandar di pintu dan jatuh ke bawah. Adakah aku sanggup menaruhkan nyawa aku untuk aku cinta ini...adakah betul apa Marianna bagitahu aku atau itu satu penipuan...arrrggghhh..Tengku Khairi bangun dan menyiapkan semua kerjanya. Dalam perjalanan pulang mereka hanya membisu Tengku Khairi tidak tahuhendak berkata apa.Setiap kali dia melihat muka Maria dia mula membayangkan Maria bergaduh dengan ayahnya dan kemarahan Maria.
Maria sudah sampai di Malaysia,Maria pergi ke pejabat namun Tengku Khairi tidak hadir. Ashraff melihat Maria seperti sedih "hai...Maria apasal sedih jer pagi2 macam ni..Airi ada? " Maria hanya memberi senyuman yang hambar pada Ashraff "hari ini...Tengku Khairi tak masuk kerja...cuti " Ashraff memandang Maria yang sedang buat kerja. dalam hati Ashraff betulker apa yang Airi bagitahu aku semalam adakah Maria betul-betul mempunyai panas bara sampai begitu. Ashraff  memberi senyuman kepada staff lain dan jalan pulang ke tingkat bawah.
Tengku Khairi tahu satu benda kalau dia ingin tahu kebenarannya adalah Dari aunty Maria. Dihadapan rumah Khairi memberi salam dan salam dijawab. Khairi masuk dalam rumah dan  "aunty saya nak tahu betul ker yang Maria membunuh ibunya? "Aunty Zila terkejut dengan soalan Tengku Khairi "dari mana  awak dengar cerita ni Airi ?" Tengku Khairi menelan air liurnya " dari adik kembar Maria "Aunty Zila menggeleng kepalanya "kamu tahu tak Airi budak si Marianna tu menipu kau daridulu lagi budak tu suka memburuk nama Maria...cakap Maria bunuh emaknyalah...buat ayahnya marah laaa...tu semua menipu" hati Tengku terus berasa lega... "jadi...Maria tak pernah kahwin lah " Aunty Zila memandang Khairi"macam mana kamu tahu yang Maria berkahwin ? "Tengku Khairi menceritakan pada Aunty Zila apa yang Maria bagitahunya  "tapi Maria tidak habiskan ceritanya...jadi saya pergilah jumpa Marianna untuk tahu kebenarannya " Aunty Zila mengangguk bertanda faham  "Khairi..mari Auty Zila bagitahu keberannya  ".
Maria memang kena kahwin dengan seorang lelaki dan Maria memang mengahwini pun lelaki ni tanpa bantahan. Terberhenti jantung Khairi hatinya mula risau. Aunty Zila hanya tersenyum.
Maria mengahwini lelaki ini dan bahagia dengannya mereka ada anak lelaki juga. Tengku Khairi berasa hendak pengsan mendengar cerita Aunty Zila.Maria dah ada anak aku jatuh cinta dengan wanita yang kepunyaan lelaki lain... Aunty  Zila ketawa sedikit dengan muka pucat  Tengku Khairi.
Sewaktu mereka menaiki kereta sewaktu anak Maria,Adam ada dalam kereta begitujuga dengan suami Maria. Mereka kemalangan dan Kedua-dua lelaki yang dia sayang meninggal dunia. Maria menagis sehinggalah dia penat dengan kesedihannya. Dia berpindah dari rumah suaminya yang mewah itu katanya rumah itu mempunyai banyak kenangan dia dengan suaminya yang tercinta dan anaknya yang tersayang.Sewaktu dia duduk dengan Aunty Zila. Setiap kalimalam dia mesti menangis akan suaminya dan anaknya. Aunty tak sanggup lagi mendengar dia menangis jadi Aunty hantar dia pergi luar negara. Sewaktu dia balik Malaysia hidupnya ceria dan Apabila Dia berjumpa dengan Airi hidupnya lebih ceria .Tapi semalam dia menangis..Aunty tak tahu kenapa..Airi tahu kenapa dia menangis? tanya Aunty Zila kepada Khairi. Khairi ingat yang dia menengking Maria sewaktu di airport dan Khairi menyalam tangan Aunty Zila dan pergi ker "aunty Zila ...ibu Maria dia..." Aunty Zila hanya senyum"dia belum meninggal dunia  "
Tengku Khairi akhirnya mendapat kebenaran juga..dari Aunty Zila..Haish..sapelah suruh awak percaya kembar Maria tu kan dah timbul lagi satu masalah...

Wednesday, June 1, 2011

MARIA19

Muka Tengku Khairi berubah menjadi pucat dan kepala dia seperti pening dengan kebenaran tentang Maria. Maria bangun dari tempat duduknya dan meninggalkan Tengku Khairi di bangku tersebut.Tengku Khairi mengejar Maria dan apabila dia hampir dengan Maria, Tengku Khairi memperlahankan langkahnya. Mereka kembali pada kebisuan.Tengku Khairi ingin menanyakan soalan tetapi hatinya menyuruh di membisukan dirinya. Apabila mereka sampai di hotel, mereka masuk ke bilik masing-masing. Tengku Khairi bermundar mandir di dalam bilik  dan otaknya mula bercelaru,hatinya resah. 'betulkah Maria sudah menjadi kepunyaan orang lain...tapi kenapa...kenapa dia tidak bagitahu aku...aaahhhh...kenapa dia tak habiskan cerita dia...hish..tak boleh jadi ni aku kena tahu jugak macam mana akhir cerita dia...' Lama Tengku Khairi memikirkan jawapan sehinggalah dia mendapat satu idea " kembar Maria!!...apsal aku tak terpikir..." Tengku Khairi mendial nombor seseorang.
Keesokan paginya, Tengku Khairi memberitahu Maria yang dia ada urusan peribadi menggunakan surat.Maria berasa sedih apabila mendapati Tengku Khairi sudah keluar dan meninggalkan sepucuk surat untuknya  dan Maria berasa risau  bagaimana kalau Tengku Khairi tahu kebenaran tentang dia.
Tengku Khairi tunggu dengan sabarnya dengan cara ini dia akan tahu kebenaran cerita kehidupan Maria. Di tasik itu sungguh sunyi tiada orang pun yang lalu lalang. Tiba-tiba ada suara seorang wanita "well...Tengku Khairi...saya dengar awak nak jumpa saya. " Tengku Khairi  memusingkan badannya dan dia melihat seorang wanita yang mukanya hampir sama dengan wanita yang dia jatuh cinta,namun penampilannya jauh berbeza dari Maria..." so..awak adalah Marianna adik kembar kepada Maria..yer...saya nak awak bagitahu semua pasal Maria pada saya...cik Marianna.." Marianna hanya senyum  manis dan dia menghempas punggunya di bangku yang berdekatan ,Tengku Khairi membuat perkara yang sama  "awak..betul-betul cintakan kakak saya Tengku? saya harap Tengku tidak bertukar hati tentang kakak saya lepas awak mendengar cerita saya " Tengku Khairi hanya membisu dan mengfokuskan pemikirannya pada cerita yang bakal diceritakan oleh adik kembar Maria. Maria adalah seorang gadis yang saya selau kagumi...walaupun saya sentiasa menang dan selalu dapat no.1,dia tidak pernah mengaku kala, dia akan bangun dan lawan balik. saya benci sikap dia yang tidak tahu mengaku kalah. Ayah suruh dia kahwin dengan seorang lelaki yang sepatutnya berkahwin dengan saya, Maria marah ayah dan saya nampak  dia menghentam cawan yang dia pegang pecah dan tangan dia berdarah...itu adalah pertama kali saya nampak  Maria marah macam tu. Kemudian ayah tampar muka Maria sehingga bibirnya berdarah. Tetapi Maria tidak menangis satu air mata pun tak jatuh,. Maria keluar dari bilik itu dan mengemas barangnya .Sewaktu dibawah mama pujuk Maria  dan Maria menolak mama dan kepala mama berdarah terkena hentakan meja  dan ayah memukul dan menjerit SELAGI KAU TAK JAGA KAU PUNYA PANAS BARAN JANGAN KAU PIJAK KAKI KAU KAT SINI!!!Maria mengheret kakinya untuk dan bangun meninggalkan kediaman tersebut.Tetapi satu sahaja yang saya pasti yang Maria tidak pernah mengeluarkan air matanya sewaktu dia keluar dari rumah itu.Sejak hari itu juga Maria tidak pernah pijak kakinya di rumah it. Namun hampir setiap hari datang ke hospital untuk melawat mama sewaktu ayah tiada dan nasihat yang dia bagi pada saya sebelum saya pergi ker France adalah jangan menyakitkan hati mama.Saya tahu setiap kali Maria masuk ke bilik bacaan dia bercita-cita untuk menjadi seperti ayah. Ayah selalu menyisihkan Maria dan membuat Maria cemburu dengan saya. Kalau Tengku tanya saya apa yang ayah saya buat pada Maria adalah dia mencabar ego,kepandaian ,dan kasih sayang Maria pada dia. Bagi dia Maria adalah satu cabaran kerana panas baran Maria dan ego dia terasa tercabar apabila Maria berani menentang apa sahaja cadangan dia. Saya akan nasihatkan Tengku jauhkan diri dari Maria kerana panas baran dia mungkin membuat Tengku masukke alam barzakh seperti ibu saya. Kalau Tengku jadi mangsa panas baran dia, dia akan menyesal seumur hidup dengan apa yang dia buat pada Tengku. Marianna bangun dari tempat duduknya dan berlalu pergi.
Kepada semua pembaca Maria ini seorang yang panas baran dan dia mampu mencederakan orang lain seperti ibunya yang meninggal dunia kerana panas baran Maria. Sejak hari itu Maria berasa bersalah dan setiap kali hari jadi ibunya dia akan pergi ke kubur ibunya untuk meminta maaf dan mensedekah al-quran. apa yang Tengku Khairi akan buat selepas tahu perangai Maria sebenar. Sanggupkah Tengku Khairi menaruh nyawanya untuk cintanya pada Maria.

Tuesday, May 31, 2011

MARIA18

Khairina pulang kerumahnya.Maria dan Tengku Khairi berjalan ditaman. Mereka nerjalan dengan senyap . Tengku Khairi memegang lengan Maria dan memandang mata Maria"Maria kenapa muka awak pucat semasa adik saya tanya awak ada kembar?"Maria cuba melepaskan tangannya namun tidak berjaya malah Tengku Khairi memeluk Maria dan Tengku Khairi berbisik ditelinga Maria"awak ada kembar...kenapa awak takut nak mengaku?...apa yang awak rahsiakan pasal awak Maria...saya nak tahu semua pasal awak..awak boleh bagitau saya apa sahaja awak nak  bagitahu "Tengku Khairi memegang bahu Maria dan menyentuh pipi Maria dan memberi senyuman yang ikhlas. Mereka sambung berjalan dan mereka masih mendiam diri.Maria berhenti di sebuah bangku dan menghempas punggungnya dan memandang tasik yang sangat tenang dan burung berterbangan. Tengku Khairi  menghempas punggungnya dibangku tersebut.Maria menghela nafasnya"apa yang awak dah siasat tentang saya Tengku Khairi ? " Maria nampak senyuman sinis Tengku Khairi"macam mana awak tahu saya sedang siasat awak " Maria punya giliran pula senyum "awak tak dapat cari apa2 pun pasal sayakan...saya tahu awak sedang siasat saya kerana awak cuba buka profil nama ayah saya jadi apabila awak search nama ayah saya..esokannya ada orang akan call saya dan bagitahu saya yang bos saya cuba cari pasal saya " Maria memandang Tengku Khairi dengan senyuman sinis .Tengku Khairi mengangguk kepalanya dan memandang arah Maria dan menyentuh pipi Maria "siapa awak sebenarnya Maria sabrina bte Tengku Johari " Maria berasa hatinya cair  menolak tangan Tengku Khairi dan memegang tangan Tengku Khairi dan matanya  memandang tasik.
 "sewaktu umur saya 10 tahun kembar saya juga umur 10 tahun...muka  kami sangat serupa..satu sahaja nak bezakan iaitu perangai kami...kembar saya seorang yang cekap,pandai dan mempunyai akal yang tajam  tentang dunia perniagaan...kami selalu belajar...dan kembar saya selalu berjaya dari saya..dapat no.1 dan saya selalu dapat n0.2 macam itulah kehidupan kami ...semua orang sayang kembar saya...sewaktu hari jadi kami...kembar saya dapat kucupan di dahinya dari ayah saya...saya pun nak kucupan di dahi juga tetapi apa yang saya dapat hanyalah jelingan tajam dari ayah saya.." Maria dapat rasa matanya berair dan Tengku Khairi mengenggam tangan Maria dan sambung ceritanya " umur saya 18 tahun ...masa tu kembar saya dapat masuk di universiti di France ...saya pun nak belajar di France..dan awak tahu tak ada 2 buah universiti nak saya..tetapi hanya adik saya dapat pergi..saya kena duduk di KL saya bergaduh dengan ayah saya dan saya tanya kenapa saya tak boleh pergi ker France ...awak tahu apa yang ayah saya cakap...Maria papa tak bagi kamu pergi ke sana sebab kamu kena ganti Marianna..."Maria berhenti sebentar dan memejam matanya "awak kena ganti KEMBAR sebab apa Maria'' Maria menarik nafasnya dan memandang Tengku Khairi dan kembalikan pandangannya ke tasik "saya kena ganti kembar saya untuk menjadi seorang isteri..."Tengku Khairi memandang Maria "awak kena kahwin...ayah awak membazirkan masa awak belajar untuk kahwin dengan lelaki...jadi awak..sekarang...ni.." Tengku Khairi punya jantung mula berdebar-debar...'ya allah adakah wanita yang aku sayang ni sudah menjadi kepunyaan orang lain..ya allah...' Maria memandang Khairi dan membisu..
Maria sudah berkahwin...oooo....apa Tengku Khari sudah jatuh cinta dengan isteri orang ker...nak tahu jawapannya tunggulah CHAPTER 19 

MARIA17

Tengku Khairi mengetuk pintu bilik Maria namu tiada sesiapapun yang menjawab adik Khairi iaitu Khairina mula berasa risau  " abang mungkin dia pergi breakfast kat bawah kut?"Khairi mengangguk kepalanya...hatinya sangat risau kalau apa2 terjadi pada Maria mesti dia akan berasa bersalah seumur hidup.Apabila mereka sampai di bawah mereka ternampak Maria sedang  minum kopi.Khairi menghela nafas lega dan Khairina hanya tersenyum. Mereka berdua berjalan ke arah Maria. Khairi berasa pelik dengan pemakaian Maria yang agak tidak formal. Khairina menyentuh bahu Maria "Maria ...apsal tak tunggu abang untuk breakfast sekali...ingat tadi awak dah hilang..."Khairi berasa hairan apabila nampak dahi Maria berkerut "sorry..tapi...saya bukan Maria awak mesti dah tersilap orang..nama saya Marianna"Wanita itu berlalu pergi.Khairina memandang Khairi "wait..perempuan tu kata dia bukan Maria..tapi muka dia sebiji macam Maria kan...?"Khairi mengerutkn dahinya "yup...muka dia sebiji macam dia kecuali cara pemakaian baju dia lain sangat..ina perasan tak?"Khairina cuba memikirkan apa yang abang dia cakap "yup...memang lain..kalau Maria dia selalu pakai baju formal yang perempuan tadi tu baju dia macam nak pergi shopping"Masing2 mula berfikir siapa wanita tadi itu "Hai pagi2 lagi..adik beradik ni mengelamun kenapa?" Maria hanya senyum dan Khairi balas senyuman Maria dan mengajaknya duduk disebelahnya namun Maria duduk disebelah adik Khairi.Khairina memandang Maria "Maria awak ada adik kembar tak?"Muka Maria berubah jadi pucat tetapi Maria cepat2 cover dengan muka yanng tidak faham"kenapa..khairina tanya pasal tu pula?"Walaupun Maria ingat dia sempat cover muka pucat tu tapi Tengku Khairi sempat lihat muka ketakutan Maria "tak ada tadi ada..seorang wanita ni..muka dia sebiji macam Maria dari hujung rambut ke hujung kaki..yang berbezanya cara pakaian dia..lepas tu dia cakap nama dia Marianna.."Maria menelan air liurnya dan berpura2 senyum "Maria mana ada kembar"Maria berasa roti yang dalam mulutnya itutersekat di kerongkong sebab pandangan Tengku Khairi seperti boleh tahu yang dia sedang menyorok sesuatu 'alamak..jangan laaa..pandang aku macam tu Tengku Khairi...kecut perut aku'Tengku Khairi berasa ada sesuatu yang Maria cuba menyorokkan ...kenapa muka Maria pucat semacam jer...
Maria ada kembar ker..atau itu bukan kembar dia ...mm...kenapa ,aria takut sangat nak bagitau pasal kebenarannya...tungguylah CHAPTER 18..............