~the shiny star~

Wednesday, June 1, 2011

MARIA19

Muka Tengku Khairi berubah menjadi pucat dan kepala dia seperti pening dengan kebenaran tentang Maria. Maria bangun dari tempat duduknya dan meninggalkan Tengku Khairi di bangku tersebut.Tengku Khairi mengejar Maria dan apabila dia hampir dengan Maria, Tengku Khairi memperlahankan langkahnya. Mereka kembali pada kebisuan.Tengku Khairi ingin menanyakan soalan tetapi hatinya menyuruh di membisukan dirinya. Apabila mereka sampai di hotel, mereka masuk ke bilik masing-masing. Tengku Khairi bermundar mandir di dalam bilik  dan otaknya mula bercelaru,hatinya resah. 'betulkah Maria sudah menjadi kepunyaan orang lain...tapi kenapa...kenapa dia tidak bagitahu aku...aaahhhh...kenapa dia tak habiskan cerita dia...hish..tak boleh jadi ni aku kena tahu jugak macam mana akhir cerita dia...' Lama Tengku Khairi memikirkan jawapan sehinggalah dia mendapat satu idea " kembar Maria!!...apsal aku tak terpikir..." Tengku Khairi mendial nombor seseorang.
Keesokan paginya, Tengku Khairi memberitahu Maria yang dia ada urusan peribadi menggunakan surat.Maria berasa sedih apabila mendapati Tengku Khairi sudah keluar dan meninggalkan sepucuk surat untuknya  dan Maria berasa risau  bagaimana kalau Tengku Khairi tahu kebenaran tentang dia.
Tengku Khairi tunggu dengan sabarnya dengan cara ini dia akan tahu kebenaran cerita kehidupan Maria. Di tasik itu sungguh sunyi tiada orang pun yang lalu lalang. Tiba-tiba ada suara seorang wanita "well...Tengku Khairi...saya dengar awak nak jumpa saya. " Tengku Khairi  memusingkan badannya dan dia melihat seorang wanita yang mukanya hampir sama dengan wanita yang dia jatuh cinta,namun penampilannya jauh berbeza dari Maria..." so..awak adalah Marianna adik kembar kepada Maria..yer...saya nak awak bagitahu semua pasal Maria pada saya...cik Marianna.." Marianna hanya senyum  manis dan dia menghempas punggunya di bangku yang berdekatan ,Tengku Khairi membuat perkara yang sama  "awak..betul-betul cintakan kakak saya Tengku? saya harap Tengku tidak bertukar hati tentang kakak saya lepas awak mendengar cerita saya " Tengku Khairi hanya membisu dan mengfokuskan pemikirannya pada cerita yang bakal diceritakan oleh adik kembar Maria. Maria adalah seorang gadis yang saya selau kagumi...walaupun saya sentiasa menang dan selalu dapat no.1,dia tidak pernah mengaku kala, dia akan bangun dan lawan balik. saya benci sikap dia yang tidak tahu mengaku kalah. Ayah suruh dia kahwin dengan seorang lelaki yang sepatutnya berkahwin dengan saya, Maria marah ayah dan saya nampak  dia menghentam cawan yang dia pegang pecah dan tangan dia berdarah...itu adalah pertama kali saya nampak  Maria marah macam tu. Kemudian ayah tampar muka Maria sehingga bibirnya berdarah. Tetapi Maria tidak menangis satu air mata pun tak jatuh,. Maria keluar dari bilik itu dan mengemas barangnya .Sewaktu dibawah mama pujuk Maria  dan Maria menolak mama dan kepala mama berdarah terkena hentakan meja  dan ayah memukul dan menjerit SELAGI KAU TAK JAGA KAU PUNYA PANAS BARAN JANGAN KAU PIJAK KAKI KAU KAT SINI!!!Maria mengheret kakinya untuk dan bangun meninggalkan kediaman tersebut.Tetapi satu sahaja yang saya pasti yang Maria tidak pernah mengeluarkan air matanya sewaktu dia keluar dari rumah itu.Sejak hari itu juga Maria tidak pernah pijak kakinya di rumah it. Namun hampir setiap hari datang ke hospital untuk melawat mama sewaktu ayah tiada dan nasihat yang dia bagi pada saya sebelum saya pergi ker France adalah jangan menyakitkan hati mama.Saya tahu setiap kali Maria masuk ke bilik bacaan dia bercita-cita untuk menjadi seperti ayah. Ayah selalu menyisihkan Maria dan membuat Maria cemburu dengan saya. Kalau Tengku tanya saya apa yang ayah saya buat pada Maria adalah dia mencabar ego,kepandaian ,dan kasih sayang Maria pada dia. Bagi dia Maria adalah satu cabaran kerana panas baran Maria dan ego dia terasa tercabar apabila Maria berani menentang apa sahaja cadangan dia. Saya akan nasihatkan Tengku jauhkan diri dari Maria kerana panas baran dia mungkin membuat Tengku masukke alam barzakh seperti ibu saya. Kalau Tengku jadi mangsa panas baran dia, dia akan menyesal seumur hidup dengan apa yang dia buat pada Tengku. Marianna bangun dari tempat duduknya dan berlalu pergi.
Kepada semua pembaca Maria ini seorang yang panas baran dan dia mampu mencederakan orang lain seperti ibunya yang meninggal dunia kerana panas baran Maria. Sejak hari itu Maria berasa bersalah dan setiap kali hari jadi ibunya dia akan pergi ke kubur ibunya untuk meminta maaf dan mensedekah al-quran. apa yang Tengku Khairi akan buat selepas tahu perangai Maria sebenar. Sanggupkah Tengku Khairi menaruh nyawanya untuk cintanya pada Maria.

No comments:

Post a Comment