~the shiny star~

Wednesday, December 14, 2011

Maria 23

Tengku Khairi memandang Tengku Katrina dengan pandangan yang jelik. 'Aduh apa perempuan miang ni buat kat office aku ni? Maria ni ...kenapalah kau balik awal sangat...mengacau betul si Kat miang ni'
"Tengku Katrina,you buat apa di sini?" tanya Tengku Khairi dengan nada tidak senang.Tengku Katrina menerpa ke arah Tengku Khairi dan caranya seperti ingin memeluk Tengku Khairi membuat Tengku Khairi mengelak dari dipeluk olehnya. Terus hilang senyuman di bibir Tengku Katrina.
"Khai syanag kenapa you tak call I bila you dah balik Malaysia?I miss you so much sayang" ujar Tengku Katrina tanpa segan silu.Tengku Khairi mengeluh kalau Maria yang berkata begitu mungkin dia sudah senyum sampai ke telinga tapi kalau minah miang yang sebut memanng dia rasa nak muntah.
"Tengku I nak balik dulu bye!" sebaik sahaja begitu Tengku Khairi meninggal Tengku Katrina menghentak kakinya lalu mengejar Tengku Khairi.
"Khai sayang tunggulah Hari ni ibu you ajak I makan malam di rumah you.Apa kata kita pergi rumah you sama-sama nak?" ujar Tengku Katrina dengan nada berharap Tengku Khairi akan bersetuju dengan dia.
"Sorry hari ni I tak balik rumah ibu I sebab I ada hal sikit." Sejurus berkata begitu Tengku Khairi masuk ke dalam kereta dan meninggal Tengku Katrina terkulat-kulat disitu..
Apa yang penting sekarang bagi Tengku Khairi adalah pergi ke rumah Maria.Sungguh dia rindukan wanita itu.Sebaik sampai di rumah Maria,Tengku Khairi memberikan salam dan salamnya dijawab oleh aunty Zila.
"Aunty Zila apa khabar? Maria ada tak?" tanya Tengku Khairi apabila tidak nampak kelibat Maria.
"Laa...Airi mari masuk.Maria ada kat dapur tengah masak makan malam.Alang-alang Airi ada kat sini apa kata Airi makan kat rumah aunty Zila kalau Airi sudilah." Hah tak perlu fikir seratus kali  Tengku Khairi terus setuju.Bukan senang dia nak dapat peluang macam ni lagi dapat rasa air tangan Maria.

Maria terkejut dengan kedatangan Tengku Khairi. "Hah Airia cepat hidangkan masakan kamu di atas meja ni.Kesian Airi tak sabar-sabar nak rasa masakan kamu." Maria hanya menurut sahaja permintaan Aunty Zila sebenarnya dia masih sakit hati dengan Tengku Katrina dan dia sangat pasti yang wanita itu mesti pilihan hati Puan Rozita a.k.a  ibu Tengku Khairi.
"Hai Maria saya harap saya tak menyusahkan awak dengan kedatangan saya" ujar Tengku Khairi dengan suara yang lembut dan senyuman yang tidak lekang dibibir merah itu . Maria yang ingin membalas dengan nada yang sinis tidak jadi apabila melihat senyuman dibibir Tengku Khairi.
"Mmm...tak apa makan ramai-ramai meriah sikit.Betul tak aunty Zila?" pertanyaan Maria dijawab dengan anggukan dari aunty Zila. "Airi jangan risau, Airi langsung tak menyusahkan Aria.Jom makan."
Sewaktu makan suasana  sungguh aman dan senyuman tidak habis-habis terukir.Hati Tengku Khairi sungguh gembira tidak pernah dia rasa begini.Masakan Maria yang sangat sedap.Bannyak kali juga dia menambah nasi.Maria pula melayan dia  dengan  baik sekali.Sungguh dia tidak kisah walaupun Maria ni seorang janda kerana bagi dia Maria seorang yang sangat sempurna di matanya.Bila dah cinta semua benda yang ada padanya nampak cantik belaka.
Setelah makan mereka berdua berjalan-jalan di taman permainan di kawasan perumahan Maria.Ramai kanak-kanak dan remaja sedang bermain walaupun sudah malam.Kebanyakan remaja sedang bermain badminton dan kanak-kanak sibuk main dengan gelongsor.Maria hanya membisu menunggu Tengku Khairi membuka mulutnya dahulu.
"Hmm...Maria kenapa awak balik awal sangat hari ni? Saya baru nak ajak awak balik sama-sama" tanya Tengku Khairi.Maria mengetap bibirnya.Geram dia dengan Tengku Katrina yang menuduh dia perempuan simpanan Tengku Khairilah membuat dia balik awal.
"Huh!GIRLFRIEND Tengku punya pasal saya balik awal.Ada ke patut dia tuduh saya ni perempuan simpanan Tengku.Nasib baik kesabaran saya tebal kalau tidak memang saya cekik-cekik dia buat masak gulai" geram memang geram dan kerana tidak dapat menahan kegeraman,dia meluahkan perasaan dia pada Tengku Khairi supaya lelaki ini tahu dia tidak suka dituduh begitu.Bagaikan maruahnya dipandang hina.Perkataan girlfriend itu sengaja Maria tekankan.
"Dia BUKAN GIRLFRIEND saya dan saya tak kisah kalau awak cekik-cekik dia tapi janganlah sampai mati pula nanti tak pasal-pasal saya jadi BST."Tengku Khairi memandang Maria dengan wanita itu faham dengan kiasannya.
"BST? apa tu Tengku.Tak pernah dengar pun perkataan tu? Dan apa kaitannya kalau saya bunuh GIRLFRIEND Tengku tu dengan Tengku jadi BST?" tanya Maria bertubi-tubi.
"BST tu maksudnya Bujang Sampai Tua cik Maria...oiii...kalau awak bunuh BUKAN GIRLFRIEND saya tu nanti jawabnyer awak duduk dalam penjara kalau awak duduk dalam penjara macam mana saya nak kahwin dengan awak!" bengang Tengku Khairi apabila Maria tidak habis menekan perkataan girlfriend tersebut.Maria mengerutkan dahinya apa kes dengan Tengku ni bengan semacam jerk.
"Apa-apa jelah Tengku.Mmm...Tengku jom main buaian nak." tanapa menuggu jawapan dari Tengku Khairi,Maria sudah berlari ke buaian tersebut.Senyuman mula terukirdibibir merah Tengku Khairi.Dia duduk di belakang Maria lalu tanpa membuang masa dia menolak tubuh Maria.
"Ala Tengku tolaklah kuat lagi.Badan jer sasa tapi tolak lembik jer." omongan Maria telah berjaya mengeluar senyuman nakal dibibir Tengku Khairi.
"Aik! Maria awak pernah ke tengok badan saya ni?Ni mesti awak pernah mengusha saya ni kan?kan?kan?" usikan Tengku Khairi membuat muka Maria berubah warna.Malu dia dengan usikan Tengku Khairi.
"Eh eh eh...ma..ma...mana ada." tingkah Maria.Ayunan mula perlahan kerana Tengku Khairi sudah berdiri di hadapan Maria.
"Ala..Tengku...kenapa tak tolak saya lagi?" Maria memuncungkan mulutnya.Tengku Khairi hanya tersenyum.
"Mana aci Maria..saya dah tolak awak...sekarang awak tolaklah saya pula." ujar Tengku Khairi dengan nada simpati.Maria pula sudah blurr.
"Eh Tengku jangan sedih.Meh! duduk atas buaian ni dan kali saya pula tolak Tengku." sebaik berkata begitu Maria bangun dari buaian tersebut dan Tengku Khairi mengambil tempat Maria tadi.
"Okey 1..2...3...hiyahh" Maria dengan sekuat hati menolak Tengku Khairi.Mereka ketawa sehinggalah penat.
"Tengku upah saya tolak Tengku mana?" ujar Maria seperti budak kecil meminta upah.
"Hmmm..nak upah yer...pejam mata dulu." sebaik Tengku Khairi berkata begitu Maria memejamkan matanya dan tiba-tiba pipinya dicium oleh Tengku Khairi.Terkejut beruk si Maria.Bulat matanya memandang Tengku Khairi.
Namun sebaik sahaja dia ingin memukul Tengku Khairi,Tengku Khairi terlebih dahulu melarikan diri dan sempat menjerit "Jumpa esok Puteri Maria.Mimpikan hambamu yang hensem ni yerk..." Maria hanya ketawa kecil.
'Abang tak apa kah Maria mencari pengganti abang?Perangainya sebijik macam abang..abang rasa dia betul-betul cintakan Maria ker?' menolog hati Maria.

Tengku Khairi pulang ke rumah dengan hati yang gembira.Malam ni malam paling yang menyeronokkan.Ini adalah kali pertama dalam sejarah hidupnya dia  paling banyak tersenyum hanya kerana seorang wanita yang bernama Maria.Maria sungguh indah namamu.Senyuman masih menghiasi bibir Tengku Khairi namun senyuman dia terus hilang apabila suara Tengku Rozita berkumandang.
"Haih...gembira bukan main lagi anak ibu sorang ni.Airi pergi mana tadi? Airi tahu tak sepupu kamu si Katrina tu dah balik Malaysia tapi tak sempat nak jumpa Airi sebab Airi pergi Paris dan tadi dia kata kamu tak nak makan kat rumah sebab dia betul ker?" tanya Tengku Rozita dengan nada dingin.
"Yup...Airi tak nak makan kat rumah sebab dia.Ibu stop it if you want to lecture me about she gonna be my wife.Airi tak cintakan Katrina dan Airi dah penat sangat kalau ibu nak bincang hal ni kita bincang esok jer lah.Okey good night ibu ku sayang" ceria sahaja suara Tengku Khairi dan lalu meninggalkan Tengku Rozita.Tengku Rozita mengetap bibirnya.Dia tidak kira dia akan pastikan anaknya kahwin dalam tahun ni jugak.
Untuk pengetahuan semua Tengku Rozita sudah membuat keputusan untuk mengahwinkan Tengku Khairi dengan Tengku Katrina.Oppsss...terbocor rahsia...hehehe gurau jer...ingat nak bagitahu chapter lepas ni

No comments:

Post a Comment