~the shiny star~

Monday, October 31, 2011

MARIA 22

Maria yang sedang sibuk menaip jadual Tengku Khairi.Begitu khusyuk sekali sehingga tidak sedar ada manusia di situ.Manusia yang tercegat di depan Maria berdehem.
"Ehem...ehem...excuse me is Tengku Khairi inside."
Maria mengalih pandangannya dari komputer ke muka wanita yang anggun dihadapannya.
"Saya minta maaf kerana lambat menyedari Cik .Tengku Khairi sekarang tiada dalam pejabat.Dia ada meeting dengan Tan Sri Ridhuan. Saya rasa dalam 30 minit lagi dia akan pulang.Cik..."
"Tengku Katrina.Saya akan tunggu dia balik dalam biliknya.Sediakan secawan kopi dan cake ni letak dalam pinggan dan bawa masuk ke bilik Tengku Khairi.NOW!"
Laju sahaja  Maria melakukan tugasnya.Siapa agaknya Tengku Katrina ni.Sesedap cookies jer dia mengarahkan aku.Perempuan cantik macam tu mesti ada hubungan yang istimewa dengan Tengku Khairi.Bulu mata yang alis,pipi yang gebu dan badan yang macam ala-ala model.Pergghh...kalau aku lelaki mesti dah meleleh air liur .Haish untung kalau Tengku Khairi sangkut dengan dia.Maria menyentuh dadanya entah kenapa hatinya seperti sakit bagai dicucuk dengan jarum.Cemburu ker? Entah dia tiada jawapan untuk soalan itu.Kalau dia cemburu itu bermakna dia menyanyangi Tengku Khairi.Maria mengeluh .Tanpa membuang masa dia mengangkat dulang tersebut dan memasuki bilik Tengku Khairi.Tengku Katrina sedang membelek majalah
"Letak disini.Lambat lagi ke Khairi nak balik dari meeting dia?" Maria mengerling ke arah jam tangannya.
"Saya rasa Tengku Khairi mesti on the way untuk naik ke pejabat.Tengku Katrina perlukan apa-apa dari saya lagi ker?" senyuman manis dihadiah kepada Tengku Katrina.
"Tak ada apa-apa.Awak boleh keluar.Maria right nama kamu?"
Pertanyaan itu hanya dijawab dengan anggukan.
"I dengar you and Khairi ada hubungan lebih dari PA.?"Maria mengerutkan dahinya.
"Hubungan lebih dari PA.Saya tak faham maksud Tengku Katrina." Sungguh dia tidak faham apa yang Tengku Katrina katakan.Tengku Katrina tersenyum sinis.
"Tak faham ker atau pura-pura tidak faham?" Maria menggaru kepalanya yang tidak gatal tersebut.
"Betul-betul tak faham." Maria merenung Tengku Katrina dengan muka blurrnya.
"You ni perempuan simpanan Khairi.Mengaku jelah."
Tersentap Maria dengan tuduhan tidak berasas Tengku Katrina.Maria memandang tajam wanita dihadapannya seperti harimau ingin membaham mangsanya .Tengku Katrina menelan air liurnya entah kenapa bulu romanya menegak apabila matanya memandang mata Maria.
"Siapa yang bagitahu Tengku?" serius sekali suara Maria.Tiada langsung nada mesra seperti tadi.
"Hmph tiada siapa yang bagitahu.I teka sendiri." bersahaja saja suara Tengku Katrina itu pun kerana ingin menutup kegugupannya berhadapan dengan Maria.
"Apa yang buat Tengku fikir yang saya perempuan simpanan Tengku Khairi?" Mata Maria masih lagi tertacap pada Tengku Katrina.
"Well..kenapa I fikir you perempuan simpanan Khairi because you 24 jam melekat dengan Khairi and dia sanggup bayar hotel yang bernilai 20 ribu  untuk you." Tengku Katrina membalas pandangan Maria dengan sedikit keberanian yang ada pada dirinya.
"Mengarut.Tengku Katrina! Dah nama pun PA  mestilah saya sentiasa berada disisi Tengku 24 jam.Hotel yang Tengku bayar sebanyak 20 ribu tu ianya atas bisnes.Jangan nak tuduh sebarangan Tengku Katrina.Awak tiada bukti yang kukuh untuk menuduh saya perempuan simpanan Tengku.Jangan hina saya seperti saya ni tiada maruah pula!Saya sangat pasti awak seorang perempuan yang berdedikasi tapi saya tak sangka otak seorang yang berdedikasi sungguh lembap untuk membeza kerja seorang PA dan perempuan simpanan.Saya nak tanya Tengku Katrina teruk sangat ke pemakaian saya sampai layak digelar perempuan simpanan.Pernah Tengku Katrina tengok perempuan simpanan pakai baju kurung nak goda bos diorang.Saya rasa tak." panjang lebar Maria menerangkan perkara sebenar pada Tengku Katrina dengan suara sedikit tinggi.
Maria mengerling jam tangannya.Lalu keluar tanpa berkata apa-apa lagi.Maria terus pulang ke rmah dia meninggalkan nota pada Tengku Khairi yang dia sudah pulang dan Tengku Katrina sedang menunggunya di bilik beliau.
Siapa sebenarnya Tengku Katrina ni.Tup..Tup..Tup...menuduh Maria perempuan simpanan Tengku Khairi.Aduh bala apa pula yang muncul ni.Sorry ada masalah teknikal sikit .Mesti korang sedarkan apa yang berbeza dengan tulisan Chapter ni.

5 comments:

  1. cik, ni saya rehan makhtar..saya dapat pesanan daripada sara sassy gurlz daripada seorang pembaca ni mintak singgah blog ni..kalo boleh add kami dekat facebook

    rehan makhtar @ rehan.makhtar (page)

    nur ezzah maisarah mokhtra @ sara sassy gurlz (page)

    ape2 hal kita sembang di sana..sekadar berkongsi ilmu saja.. :D

    ReplyDelete
  2. nur ezzah maisarah mokhtar ..salah tadi tu sikit.

    ReplyDelete
  3. saya dah baca bab ni..sorry to say tp mmg masih byk kelemahan. mgkin idea ada tapi garapan masih lemah dan tatabahasa juga byk yg salah. banyak juga ayat tergantung dan bab ni terlalu pendek. try buat 1 bab tu dalam 6-8 mukasurat. tu standard atau lebih panjang. Yg mana hurup besar kena wat huruf besar..komna perenggan kena jaga. COntoh ayat kat bawah ni kan...

    Maria yang sedang sibuk menaip jadual Tengku Khairi.Begitu khusyuk sekali sehingga tidak sedar ada manusia di situ.

    sepatutnya macam ni..
    Maria yang sedang sibuk menaip jadual Tengku Khairi. Dia begitu kusyuk sehinggakan tidak sedar ada manusia yang sedang terpacak di depannya.

    itu contoh saja. bagi sedap lagi ayat tu.teruskan menulis sbb lama2 awak boleh baiki kelemahan ni dgn sendirinya. banyak2 kan baca karya penulis yg hebat..tengok cara mereka menggarap. InsyaAllah bole..

    ReplyDelete
  4. saya singgah nak tgk kot2 ade post baru...

    ReplyDelete