Selepas puas dengan penampilannya Maria mengambil begnya dan pintu biliknya diketuk lalu tanpa membuang masa Maria membuka pintu .Hati Maria terberhenti sebentar kerana penampilan Tengku Playboy yang agak membuat hatinya cair.Maria cepat2 berhenti mengelamun.Sewaktu mereka berjalan di taman mereka hanya membisu.Tiba2 ada seorang wanita berlari dan memeluk Khairi dan mencium hampir di seluruh muka Khairi "waaa... datang bila...tak bgtau pun ina "Mariamemerhati wanita tersebut memakai tumit tinggi 3 inci,dress sampai lutut..Maria berasa seperti ada sesuatu yang buat dia sayang pada wanita ini walaupun dia memakai pakaian yang agak menjolok mata dan sedikit rasa cemburu apabila wanita itu mencium seluruh muka Tengku Khairi. Khairi memandang Maria "Maria ..ni adik saya Kharina " entah kenapa hati Maria berasa lega apabila mengetahui wanita ini adik Tengku Khairi.Maria menghulurkan tangannya dan memberi senyuman yang agak manis "hai..saya secretary Tengku Khari..."Kharina menyahut tangan Maria. Dari taman sehingga malam Maria,Tengku Khairi dan Kharina berbual dan bergurau senda.
Maria masuk ke biliknya tetapi sebelum Tengku Khairi masuk ke biliknya , Kharina menarik tangan abangnya "abang...adik nak tahu semua pasal secretary abang tu boleh tak " Tengku Khairi menarik nafasnya dan membuka pintu biliknya dan mempelawa adiknya masuk "abang berapa lama dia kerja untuk abang? " Tengku Khairi seperti sedang berfikir " 2 bulan 17 hari esok nak masuk 18 hari "Kharina mengangkat keningnya dan senyum dengan penuh makna "wow...abang ingat berapa lama dia kerja dengan abang... siap dengan hari pula tu.....heheheh " Tengku Khairi memandang adiknya dengan muka geram "apsal gelak macam ada makna jer? "Kharina duduk di atas katil abangnya "so...bila abang nak ajak dia kahwin dengan abang?? " dengan selambanya Kharina menanyakan soalan tersebut. Muka Tengku Khairi hampir jadi merah dengan pertanyaan adiknya itu " kish..adik sapalah kau ni..tanya soalan yang pelik2..macam tu? "Kharina mencebik mulutnya "alaaa...adik abang laa...mm...abang..abang tahu tak secretary abang tu bole cakap itali " berkerut dahi Tengku Khairi "bila..macam mana ina tahu? " Kharina cuba mengingati "masa tu abang pergi toilet ...aaa...masa tu ada waiter datang tanya nak makan apa dalam bahasa itali lepas tu Maria balas melalui bahasa itali juga...tapi ina rasa dia tak sedar yang dia cakap bahasa itali "Tengku Khairi melihat jam di dinding dan menarik nafasnya "dah lewat ina patut balik rumah.." Kharina keluar dan balik ke rumahnya.
Tengku Khairi baring dan memandang siling dan menghembus nafasnya 'Maria ...Maria ...siapa kau sebenarnya ...tak akanlah kau seorang gadis yang biasa ingin menjadi secretary tetapi tahu cakap bahasa asing...??rambutnya yang hitam dan bau wangian nya sangat lembut dan manis...adakah kau tahu Maria kau hampir buat aku jadi gila..adakah kau fikirkan akau sewaktu kau ingin melelapkan mata kau..seperti aku..aku akan pastikan kau jadi milik ku Maria ...aku harus mulakan langkah untuk membuat si Maria jatuh hati dengan aku '
Apa agaknya rancangan Tengku Khairi untuk membuat Maria jatuh cinta dengannya...hmmm...NEXT CHAPTER ada kembar ker???
No comments:
Post a Comment