~the shiny star~
Friday, November 12, 2010
MARIA 9
Dalam kereta Maria lebih suka melayan perasaan sendiri.Dalam Maria mengalamun dia sempat berfikir macam mana tayar kereta dia boleh pancit. Tengku Khairi memecah kesunyian dengan bertanya"esok awak nak naik apa datang ofis?" Maria menjongket bahu. Maria pun bingung dan bertanya pada diri sendiri bagaimana dia hendak pergi ke kerja esok.Jika dia hendak menaiki bas dia akan datang lambat ke tempat kerja kalau nak naik teksi,teksi mana lalu kawasan perumahan dia. Maria mendengus tanpa ia sedari.Tengku Khairi lagi sekali memecah kesunyian antara mereka dengan bertanya pada Maria"apakata saya datang ambil awak esok?"Maria memusingkan kepalanya ke arah Tengku Khairi dan Maria mengeleng kepala bertanda dia tidak setuju dengan idea tersebut.Tengku Khairi bertanya lagi dengan suara yang sedikit keras"lepas tu awak nak naik apa?boleh tak awak cakap...dari tadi awak membisu seribu bahasa macam orang bisu....esok saya datang ambil awak so bersiap. dan jangan nak membantah..faham!"Maria cuba bersuara namun apabila memikir cadangan Tengku Khairi adalah cadangan yang bernas dia mengambil keputusan untuk tidak membantah.Tengku Khairi bertanya lagi pada Maria "awak tinggal dengan siapa dalam rumah tu?"Maria membuka mulut untuk menjawab"dengan mak dan ayah"Tengku Khairi mengangguk kepala dan bertanya lagi"awak ada boyfriend?soalan itu agak pelik dan sepintas lalu dia memandang Tengku Khairi dengan dahi berkerut dan Maria menjawab soalan Tengku dengan gelengan kerana dalam otaknya lebih banyak menumpu kepada bagaimana tayar kereta dia pancit.Maria terdengar satu keluhan namun dia tidak mengendahkan kerana dia lebih suka mendiamkan diri.Sampai di dalam kawasan perumahan Maria menyuruh Tengku Khairi membelok ke kiri .Sewaktu Maria hendak keluar tangannya tiba2 dipaut oleh Tengku Khairi dalam keadaan yang terkejut Tengku Khairi menghadiahkan satu ciuman dipipi Maria lagi terkejut Maria dibuatnya dan Tengku Khairi memberi senyuman yang sangat menggoda sambil mengucap selama malam pada Maria.Maria hanya tercegat di depan pintu pagar tanpa berkata apa2 kerana dia berasa bagaikan mimpi.Untuk pengetahuan anda semua Maria hanya menyewa rumah yang murah dan Maria hanya tinggal bersama mak saudara nya sahaja kerana mak dan ayah Maria tidak ingin duduk di rumah yang kecil.Mak dan ayah Maria agak sombong orangnya..tapi hati mereka cepat lembut jika mereka tahu orang itu seorang berhati mulia.
Labels:
CHAPTER 9
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment