~the shiny star~
Sunday, October 17, 2010
MARIA 6
Sekarang Maria selalu datang awal sebelum Tengku playboy tu takut nanti dia membebel.Hari ini Maria berasa sungguh gembira kerana Tengku playboy tu tidak hadir ke ofis sebab ada hal.Maria sedang menaip tiba2 dia terdengar suara "cepat siap kan kerja awak lepas ni awak kena temankan saya breakfast"Maria memandang Tengku Khairi dengan muka terkejut."apasal dengan awak macam nampak hantu jer."tanya Tengku Khairi lagi.Maria berkata"Tengku..bukan ke hari ini Tengku ada bisnes dan Tengku sendiri kata yang Tengku mungkin tak akan masuk ofis kan?".Tengku Khairi pelik dan bertanya"ya ke saya cakap macam tu...tak ingat pun.awak ni dah nyanyok ker?"Maria kata dalam hati amboi sedap nyer mulut mengata aku nyanyok. entah2 kau yang nyanyok bukan aku.Maria bersuara"Tengku..baru semalam Tengku bagi tahu saya tak akan saya lupa pulak dan saya tak pekak dan nyanyok faham!"Tengku Khairi terkejut sebab suara Maria tadi macam marah sahaja"ahh..apa2 saja lah dah cepat siapkan kerja awak saya nak gi breakfast ni."Maria berkata "tapi Tengku, Ashraff belum sampai lagi"selalunya Tengku akan makan dengan kawan baik dia iaitu Ashraff "hari ini kita breakfast berdua sahaja sebab saya tak ajak Ashraff "Maria hairan kenapa Tengku tak ajak Ashraff sebab Ashraff dengan Tengku ni macam belangkas kalau bab makan ni. Bila time makan mesti Ashraff ada kalau tak ada Ashraff memang tak sah.Maria berkata"ohh..kalau macam tu saya tak nak laa. Tengku. Tengku breakfast laa...sorang saya dah makan pagi tadi"Tengku Khairi terkejut dengan jawapan Maria lalu berkata"awak ni.. saya ajak awak suruh teman bukan suruh awak makan ..awak hanya jadi juru tengok jer.. tak payah makan pun sebab saya memang tak nak belanja awak makan pun" Maria cuba mencari alasan tapi dipintas oleh Tengku Khairi"dah..cepat siap nanti ..lepas breakfast kita terus pergi jumpa clients".Maria hendak menaiki kereta kancilnya tetapi di halang oleh Tengku .Sewaktu dalam kereta Maria berasa kekok sangat sebab suasana yang sunyi..tu.Maria berdoa dalam hati supaya Tengku playboy tu akan buka radio dan doa dia dimakbulkan Tengku playboy membuka radio.Selepas menemani Tengku playboy breakfast Maria terus bertanya pada Tengku "Tengku kita nak jumpa clients mana. setahu saya Tengku tak ada meeting semua meeting dengan clients saya dah tukar pada hari lain sebab Tengku kata Tengku cuti?"Tengku Khairi menjawab "sapa kata saya nak jumpa clients.." Maria mula berasa bingung dan berkata dalam hati"biar betul Tengku playboy ni dah lost memory ker..?bukan dia ker ajak aku jumpa clients tadi..ish entah2 Tengku ni memang nyanyok kut..mampus aku dapat bos yang nyanyok dia ingat tak berapa gaji aku nanti tak pasal2 gaji aku dipotong ish tak bole jadi ni" Maria bersuara "mmm...Tengku tak ingat ker..yang Tengku cakap yang Tengku nak gi jumpa clients"Maria menyentuh dahi Tengku Khairi manalah tahu yang Tengku ni sebenarnya demam ker tapi dahi Tengku tak panas pun tanpa Maria menyedari Tengku Khairi telah memegang tangan Maria dan mencium tangan tersebut terkejut Maria bila Tengku Khairi berbuat sedemikian.Untuk pengetahuan anda semua hari ini memang Tengku Khairi bercuti dan lagi satu kalau nak tahu apa bakal terjadi tunggu chapter lagi satu laa...
Labels:
CHAPTER 6
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment